MEDIA AND EVENT
( media event » 30 peserta sertai Cabaran Sihat 6 Minggu musim ke-2 )
30 peserta sertai Cabaran Sihat 6 Minggu musim ke-2
Malaysia, June 15, 2012

ANTARA peserta yang terlibat dalam Cabaran iSihat musim ke-2 pada majlis pelancarannya di Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Sri Utusan, Bangi, Selangor, kelmarin. - MINGGUAN/NOORADZRENE MOHD NOOR

BANGI 2 Jun - Seramai 30 peserta terpilih menyertai program kesihatan 'Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSihat dan Kevin Zahri' bagi musim kedua yang akan bermula hari ini.

Penolong Pengarang iSihat, Hamidah Zabidi berkata, kesemua peserta dipilih berdasarkan pelbagai latar belakang daripada suri rumah hinggalah golongan profesional.

"Kejayaan musim pertama program ini membuatkan ia diteruskan lagi untuk musim kedua apatah lagi dengan lebih 400 penyertaan diterima.

"Program ini seiring dengan peningkatan tahap kesedaran masyarakat mengenai perlunya menurunkan berat badan,'' katanya semasa pelancaran program itu di Kompleks Sri Utusan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Badrul Azhar Rahman, Pengurus Besar Operasinya, Zurzaliza Bajuri serta pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri.

Program yang mengambil masa selama enam minggu itu akan dijalankan pada setiap Sabtu sebelum diakhiri dengan majlis penutup pada 14 Julai 2012.

Antara acara mingguan yang disenaraikan termasuklah bengkel dan kaunseling, senamrobik di gimnasium, merentas desa sejauh 10 kilometer, aktiviti merentas hutan, berbasikal dan paintball.

Paling menarik, prestasi para peserta akan dipantau sendiri oleh Kevin dan pihak Kementerian Kesihatan yang bakal memberikan bimbingan dan nasihat secara individu.

Program yang ditaja Kementerian Kesihatan itu turut mendapat kerjasama Celebrity Fitness, Perbadanan Putrajaya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pusat Perubatan Prince Court, Propark, Fonterra, Nestle, Shaklee dan Avon.

Source:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0603&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive

FREE 7 DAYS TRIAL
GYM MEMBERSHIP

Please complete the text box below


Please enter the letters as they are shown above. Letters are not case-sensitive.
© 2011 Celebrity Fitness. All Rights Reserved.
QUICK STEP
CHOOSE YOUR CLUB

FIND OUT MORE
ABOUT OUR LOCATIONS
AND CLUB FACILITIES

CHOOSE YOUR CLASS

FIND OUT MORE
ABOUT FITNESS CLASSES
AND OUR INSTRUCTORS

CHOOSE YOUR TRAINER

FIND OUT MORE
ABOUT OUR PERSONAL
TRAINING AND TRAINERS